RSS
email

Pengenalan WINNER

Wadah Insan Synergy Training & Consultancy (WINNER) merupakan Konsultan Pendidikan dan Latihan Bina Insan yang mula ditubuhkan pada Mei 2010. Walaupun syarikat ini secara rasminya baru ditubuhkan, namun penggerak utama dalam syarkat ini sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang motivasi dan pembinaan insan disamping perunding motivasi yang terkenal. WINNER yang berpusat di Nilai mempunyai potensi yang sangat baik untuk meluaskan syarikat kami ke serata tanah air.

Sesuai dengan singkatan nama WINNER, syarikat ini menawarkan kursus-kursus motivasi yang terbaik bagi meningkatkan jatidiri pelajar-pelajar sekolah, pekerja-pekerja, ibu bapa, masyarakat dengan mengenengahkan teknik-teknik terkini yang sesuai dengan latar belakang peserta yang mengikuti program-program yang ditawarkan. Selain daripada itu, penerapan nilai-nilai murni yang baik dapat memudahkan lagi penerimaan proses pembelajaran dan motivasi diri seterusnya akan membangkitkan kesedaran dari dalam diri peserta itu sendiri. Bertepatan dengan permasalahan akhlak yang meruncing dan masalah kualiti sahsiah masyarakat kita dewasa ini, WINNER muncul dengan pendekatan bersepadu dari segala aspek termasuk IQ, EQ dan SQ. Keseimbangan ini sangat diperlukan dalam memotivasikan diri kita seluruhnya.

Bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan spiritual, WINNER mempelbagaikan aktiviti termasuk seminar, bengkel, kem, khemah ibadah, lawatan, ceramah dan ekspedisi. Setiap aktiviti di terapkan nilai keseimbangan tujuh dimensi kecemerlangan diri iaitu cemerlang fizikal, sosial, emosi, rohani, mental, intelektual dan persekitaran. WINNER bersedia membantu seluruh lapisan masyarakat membentuk diri bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dari semua aspek dengan pendekatan berasaskan perspektif Islam.

Dengan berbekalkan semangat, komitmen, pengalaman, kerjasama dan keinginan, WINNER dapat membantu masyarakat agar kembali hidup dalam bermotivasi tinggi. Selaras dengan motto kami, Unity to Reborn Generation, kesepaduan antara potensi kami dan kekuatan luar biasa dalam diri anda dapat melonjak kita semua keluar dari kepompong kelemahan diri sendiri Insya-Allah. Semoga usaha kita bersama bermanfaat untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts with Thumbnails