RSS
email
0

Wadah Insan Sinergi (WINNER) kini dekat di hati anda

Kecanggihan aplikasi di alam siber memudahkan interaksi sosial di antara manusia. Aplikasi popular seperti muka buku (Facebook), Youtube dan Twitter antara aplikasi internet yang paling popular di kalangan kanak-kanak, remaja malahan orang dewasa. Sebagai manusia yang bersyukur kepada Tuhan, kita perlu MENGENALPASTI dan MENGIKTIRAF setiap rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Potensi diri akan terserlah apabila kita melakukan tindakan ini.

Jom pakat LIKE page ini (^_^) https://www.facebook.com/WadahInsanSynergy

Dapatkan video-video program terbaik di http://www.youtube.com/user/WadahInsanSynergy

Read more
0

Nasihat Luqmanul Hakim

Hai anakku! Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.
 
Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
 
Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.
 
Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.
 
Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.
 
Hai anakku! Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.
 
Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
 
Hai anakku! Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)
 
Hai anakku! Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)
 
Hai anakku! Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.
Read more
0

Juara untuk Juara

Falsafah seorang Juara...!!!

Saya adalah juara... Juara tidak pernas berputus asa... Orang yang berputus asa tidak pernah menjadi juara... "To get the best... I always give my very best"  

Mengaku kalah adalah mudah, yang sukar ialah bangun semula selepas kalah, dua kali jatuh, tiga kali jatuh bangun, lima kali jatuh, enam kali bangun... Itulah sifat seorang Juara...

Untuk keadaan berubah... Saya mesti berubah terlebih dahulu... "for things to change I must change first"... "The secret of success is just two words... it's 'try harder'"

Bukan gunung yang hendak ditawan, tetapi diri sendiri... Maknanya sebelum kita dapat mencapai kejayaan cemerlang, kita perlu menawan diri kita terlebih dahulu... "It's not the mountain that we conquer but ourself"

Ruang yang paling besar di dunia ialah ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Bermakna usaha untuk perbaiki diri sendiri tidak ada sempadan... "The largest roon in the world is room for self-improvement"

"To be the best... I must be crazy... Crazy to be the best..." Untuk menjadi yang terbaik, saya mesti gila-gila sedikit... Gila-gila untuk menjadi yang terbaik...!!!

Kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan... Allah menganugerahkan kita kehebatan yang menakjubkan...

Kita tidak perlu membandingkan pencapaian kita dengan pencapaian orang lain... Kita hanya perlu membandingkan pencapaian kita dengan matlamat yang kita sendiri telah tetapkan.
 
Read more
0

Pengenalan WINNER

Wadah Insan Synergy Training & Consultancy (WINNER) merupakan Konsultan Pendidikan dan Latihan Bina Insan yang mula ditubuhkan pada Mei 2010. Walaupun syarikat ini secara rasminya baru ditubuhkan, namun penggerak utama dalam syarkat ini sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang motivasi dan pembinaan insan disamping perunding motivasi yang terkenal. WINNER yang berpusat di Nilai mempunyai potensi yang sangat baik untuk meluaskan syarikat kami ke serata tanah air.

Sesuai dengan singkatan nama WINNER, syarikat ini menawarkan kursus-kursus motivasi yang terbaik bagi meningkatkan jatidiri pelajar-pelajar sekolah, pekerja-pekerja, ibu bapa, masyarakat dengan mengenengahkan teknik-teknik terkini yang sesuai dengan latar belakang peserta yang mengikuti program-program yang ditawarkan. Selain daripada itu, penerapan nilai-nilai murni yang baik dapat memudahkan lagi penerimaan proses pembelajaran dan motivasi diri seterusnya akan membangkitkan kesedaran dari dalam diri peserta itu sendiri. Bertepatan dengan permasalahan akhlak yang meruncing dan masalah kualiti sahsiah masyarakat kita dewasa ini, WINNER muncul dengan pendekatan bersepadu dari segala aspek termasuk IQ, EQ dan SQ. Keseimbangan ini sangat diperlukan dalam memotivasikan diri kita seluruhnya.

Bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan spiritual, WINNER mempelbagaikan aktiviti termasuk seminar, bengkel, kem, khemah ibadah, lawatan, ceramah dan ekspedisi. Setiap aktiviti di terapkan nilai keseimbangan tujuh dimensi kecemerlangan diri iaitu cemerlang fizikal, sosial, emosi, rohani, mental, intelektual dan persekitaran. WINNER bersedia membantu seluruh lapisan masyarakat membentuk diri bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dari semua aspek dengan pendekatan berasaskan perspektif Islam.

Dengan berbekalkan semangat, komitmen, pengalaman, kerjasama dan keinginan, WINNER dapat membantu masyarakat agar kembali hidup dalam bermotivasi tinggi. Selaras dengan motto kami, Unity to Reborn Generation, kesepaduan antara potensi kami dan kekuatan luar biasa dalam diri anda dapat melonjak kita semua keluar dari kepompong kelemahan diri sendiri Insya-Allah. Semoga usaha kita bersama bermanfaat untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Read more
Related Posts with Thumbnails

Wadah Insan Sinergi (WINNER) kini dekat di hati anda

image